Kehidupan awal Altimet

Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara, Johor. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, lagu "Bring The Noise" nyanyian Antrax dan Public Enemy mencetuskan minat beliau terhadap muzik hip hop.[8]